Adakah anda bercadang untuk travel dalam masa terdekat ini dan nak menginap di homestay atau bilik menggunakan Airbnb?
Ini adalah tips ringkas bagaimana anda boleh jimat sebanyak RM150 bila book penginapan di Airbnb. Sewaktu travel ke Tokyo dan Osaka pada April 2017 lepas, Airbnb di sana mengenakan caj yang tinggi untuk Cleaning Fee dan Service Fee, tetapi mujurlah ada coupon ini yang membantu saya jimat sebanyak kira-kira RM300. Dapat juga sewa rumah dan bilik pada rate di bawah RM250 semalam dengan lengkap dapur, mesin basuh, pocket wifi dan sebagainya.
Jika anda berminat nak jimat RM150 bila book Airbnb, jom baca tips ini selengkapnya.
Tips Jimat RM150 Bila Book Penginapan Di Airbnb
Pertama sekali, coupon diskaun RM150 ini hanya boleh digunakan bagi pengguna kad kredit Maybank American Express (AMEX). Jika anda tidak mempunyai kad AMEX, boleh minta tolong daripada rakan-rakan yang menggunakannya. Coupun RM150 Airbnb ini ada beberapa syarat, antaranya;
- Sah untuk booking kali pertama sahaja di Airbnb
- Coupon code ini boleh digunakan untuk satu (1) kali sahaja bagi setiap akaun.
- Minimum booking ialah RM600 (tidak termasuk Service Fee dan Cleaning Fee)
- Akaun Airbnb biasanya perlu Verified profile. Kadang2 credit card juga perlukan verification jadi elakkan booking last minute.
- Tempoh booking: Sehingga 30 September 2017
- Jangka masa travel: Sehingga 31 Disember 2017
- Tempoh promo: Sehingga 30 September 2017
Ketika booking, masukkan coupon AMEXMY + 4 digit pertama credit card Maybank AMEX anda. Contoh (AMEXMY1234)
Bagaimana jika anda tiada kad kredit AMEX dan tiada rakan yang juga mengggunakan AMEX? Anda boleh daftar akaun baru menggunakan referral link rakan anda dan dapat travel kredit sebanyak RM105. Ok lah daripada takde diskaun langsung kan?
By the way, ini merupakan pemandangan salah satu Airbnb yang saya menginap di Osaka. Umeda Riverside, cantik kan?
Sumber : AMEX & Airbnb Promotion
REALME WATCH MALAYSIA 💯 - MODERN, CLASSY, AFFORDABLE 👌🏼