Ulasan filem The Battleship Island (2017) dari perspektif saya.
Train to Busan boleh dikatakan menjadi fenomena yang agak besar juga di Korea dan Malaysia pada tahun lepas, jika anda masih ingat. Kini, di Korea, filem The Battleship Island dilaporkan telah memecahkan rekod kutipan Box Office yang diungguli Train to Busan dan kini merupakan antara filem terhangat yang ditayangkan di pawagam seluruh Korea.
Secara ringkasan, saya suka filem ini tetapi memandangkan ini filem mengenai Sejarah dan Perang, penerimaan orang lain mungkin berbeza.
Battleship Island Review – Filem Survival Tahanan Korea Yang Diperhambakan Tentera Jepun Era Perang Dunia Kedua
Setting filem ini adalah sekitar perang dunia ke-2, tahun 1945. Mungkin ada yang tidak tahu, bukan Tanah Melayu sahaja yang dijajah tentera Jepun, tetapi China dan Korea juga. Ribuan yang menjadi mangsa perang, dibunuh, diseksa, dijadikan hamba dan macam-macam lagi kisah kezaliman dan kekejaman. Bertempat di Hashima Island, ratusan rakyat Korea dibawa masuk ke pulau ini untuk ‘bekerja’ dengan tentera Jepun termasuklah orang lelaki dewasa, wanita, kanak-kanak lelaki dan perempuan. Lelaki dewasa, dijadikan buruh dan dipaksa bekerja di lombong arang manakala wanita pula dijadikan ‘comfort women’. Kesemua mereka tinggal dalam kondisi yang sangat teruk dan dilayan umpama hamba.
Ada 3 lead roles dalam TBI, saya namakan sebagai MC1, MC2, MC3.
MC1 – Hwang Jung-Min (Gang Ok), ada anak perempuan So Hee (Kim Soo-an)
MC2 – Soh Ji Sub (Choi Chil-Sung)
MC3 – Song Joong Ki (Park Moo Young)
Kedua-dua MC1 dan MC2 adalah pelakon filem senior di Korea dan saya rasa wajar mereka play a bigger role dalam first part filem ini. MC3 (Song Joong Ki) hanya muncul hampir di pertengahan cerita (sekitar minit ke-40) tetapi watak MC3 sangat penting untuk keseluruhan filem. Kesemua MC1, MC2 dan MC3 ini tiada relations antara satu sama lain, tetapi mereka perlu satu sama lain untuk survive dalam neraka Hashima. Sedikit info, Gang Ok adalah pemuzik, Chil-Sung merupakan gangster kampung dan Moo Young memiliki latar belakang tentera. Survival of the fittest – ramai yang terseksa, mati, ramai yang ditindas tentera Jepun dan ramai juga orang Korea yang ditikam belakang oleh warga senegara mereka.
Pujian kepada So Hee yang memiliki exceptional talent yang menceriakan suasana stressful filem ini dan kadang2 hadir dengan comical joke and expression dengan Gang Ok. (Pelakon watak So Hee sebelum ini memegang watak sebagai anak kepada Gong Yoo dalam Train to Busan.)
Dalam filem ini ‘villain’ utama ialah tentera Jepun yang kejam dan ‘highlight’ diberikan kepada watak Shimazaki, Yamada dan Jong-Goo yang semestinya akan dibenci oleh penonton.
Visual filem ini sangat dramatik dan sebagai filem perang – it’s not a pretty sight, Hashima ialah Neraka atas dunia. Expect plenty of action, lot’s of violence, bloodbaths and betrayals. Banyak scene yang agak disturbing juga, kalau anda pernah tonton dan suka ‘Hacksaw Ridge’ anda mungkin berpuas hati juga dengan scene perang filem ini.
Jika ada beberapa perkara saya nak komen ialah, (1) kurang detailed backstory kepada watak2 utama MC1, MC2, MC3 so audience jadi kurang ‘strong’ sikit rasa sympathy dengan nasib mereka dan (2) death scene could be more realistic, kena ada ‘painful looks’ dekat facial impression selepas ditembak contohnya.
Kalau anda minat cerita sejarah dan perang dan ingin tahu bagaimana tahanan Korea bangkit melawan kekejaman tentera Jepun di Hashima, maka jangan terlepas untuk tonton filem Battleship Island ini. Perlu diingat bahawa filem ini ada yang berdasarkan cerita sebenar dan juga ada fiction. Segelintir penonton berpendapat filem ini racist dan berunsur propaganda tapi itu terpulang pada anda. Saya juga sarankan anda tonton filem ‘The Last Princess (2016)‘ yang juga mengenai penjajahan Korea oleh tentera Jepun.
Skor review : 8/10.
Hashima Island (Gunkajima Battleship Island) di dunia sebenar.
Sumber gambar : IMDB/RT
REALME WATCH MALAYSIA 💯 - MODERN, CLASSY, AFFORDABLE 👌🏼