Video Ucapan Bill Gates Pada Ted Talk 2015 Jadi Viral Selepas Ramalan Virus Outbreak Jadi Kenyataan

bill gates covid-19

bill gates covid-19

Klip video ucapan Bill Gates ketika Ted Talk 2015 kini jadi viral di media sosial selepas ramalan atau amaran awal beliau mengenai ancaman virus outbreak pada tahap global menjadi kenyataan di tahun 2020.

Tahun 2015, Awal2 Lagi Bill Gates Bagi Amaran Virus Outbreak Di Masa Hadapan

Video yang bertajuk “The next outbreak? We’re not ready” itu kini mendapat jumlah tontonan hampir 10 juta di Youtube.

Antara kandungan penting yang disampaikan dalam ucapan Bill Gates ini ialah bencana besar yang akan melanda umat manusia di masa hadapan bukanlah perang nuklear, tetapi penularan virus peringkat global yang akan menyebabkan banyak kematian dan melumpuhkan banyak negara. Kuasa-kuasa besar dunia membuat pelaburan besar-besaran (budget sehingga 1 trillion US Dollar) dalam pembangunan nuklear, tetapi dari segi pencegahan penyakit berjangkit, dana atau resources yang diperuntukkan sangat-sangat terlalu kecil berbanding pelaburan senjata. Jumlah pelaburan senjata nuklear vs pelaburan kesihatan dan kawalan penyakit, seperti beza saiz gajah dengan kuman.

WHO kini mewartakan bahawa Wuhan Coronavirus atau COVID-19 sebagai pandemik, bermakna penularan virus kini diperingkat global dimana negara-negara besar seperti Itali, Spain, Iran kini mencacat kes jangkitan dan kematian yang tertinggi. Di Malaysia pula, penularan COVID19 diperingkat meruncing (tarikh 19 Mac 2020) sehingga memaksa pentadbiran negara memberi arahan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak penularan ke tahap yang tidak diingini.

bill gates wuhan coronavirus

Menariknya, Bill Gates turut memetik satu filem lama yang tiba-tiba jadi viral seluruh dunia termasuk di Malaysia pada awal 2020 iaitu Contagion (2011). Menurut Bill Gates, dunia sebenar bukanlah seperti Hollywood, dimana pengakhirannya vaccine atau ubat berjaya dihasilkan dan penularan virus berjaya disekat. Dalam dunia sebenar, penghasilan vaccine atau ubat-ubat baru mungkin mengambil masa lama dengan kos R&D yang sangat tinggi. Sebelum ubat atau vaksin itu siap dicipta dan diuji keberkesanan dan keselamatan, ribuan manusia mungkin berisiko mati akibat virus epidemik.

Dalam satu video lain yang juga diterbitkan pada tahun 2015 juga, Bill Gates juga menegaskan bahawa beliau sangat yakin sehingga lebih 50% kemungkinan besar terjadinya penularan virus yang lebih dahsyat daripada Ebola. Dan bila suatu hari berlakunya virus outbreak itu, dunia belum bersedia dan situasi panik akan terjadi. 

Video ini kini mendapat lebih 7 juta tontonan di Youtube.

bill gates coronavirus

Di akhir kedua-dua video, Bill Gates memberi cadangan untuk kuasa-kuasa dunia, sekiranya dunia dilanda virus outbreak, segala kelengkapan moden termasuk aset pertahanan negara-negara perlu digunakan untuk menggerakkan bantuan dan bukan buat pergi berperang. 

Sepanjang musim #DudukRumah #StayHome ini, saya cadangkan anda luangkan kira-kira 15 minit masa untuk tonton kedua-dua video di atas. Musim-musim sekarang, lebihkan baca content science berbanding hiburan, ya?

Facebook Comments

🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





 



realme watch malaysia

REALME WATCH MALAYSIA 💯 - MODERN, CLASSY, AFFORDABLE 👌🏼

iphone se 2020 malaysia price

🔥The new iPhone SE, Only RM1999! 🔥