Casio Royale AE-1200WH – Jam Tangan Casio Yang Berkualiti, Timeless Design Dengan Harga Di Bawah RM100

casio royale ae-1200wh malaysia

casio royale ae-1200wh malaysia

Beberapa bulan lepas saya telah membeli jam tangan Casio Royale AE-1200WH kerana dua sebab utama – (1) harga yang murah (2) tertarik dengan kualiti dan design. Sampai sekarang pun saya masih gembira dengan pembelian ini dan terasa nak berkongsi dengan anda semua pasal jam ini. In case, ada yang nak beli sebagai hadiah untuk diri sendiri or as appreciation gift untuk orang terdekat.

Casio Royale AE-1200WH


Casio Royale Silver Aluminium

So apa yang special dengan jam Casio Royale ini?

✓ Harga berpatutan
✓ Ketahanan bateri 10 tahun
✓ Material stainless steel atau Resin dan Resin Glass ala G-shock
✓ Fungsi world time ala G-shock
✓ LED light warna Amber ala G-shock
✓ 100-meter water resistance ala G-shock
✓ Fungsi stopwatch dan alarm

Kenapa jam ini dipanggil dengan nama Casio Royale?

Casio AE-1200WH digelar sebagai Casio Royale kerana rekaan yang seakan jam yang dipakai oleh James Bond dalam movie pada tahun 1983. Jam tangan Bond sebenar ialah model Seiko G757. Sejak 2013 lagi jam Casio Royale ini popular di kalangan pengumpul jam dan puluhan atau ratusan video review jam ini boleh ditonton di Youtube. (Sumber : Forum Watchuseek)

 

casio ae-1200wh malaysia

 

Di Malaysia, biasanya model Casio AE-1200WH ini boleh didapati dalam 4 pilihan warna :

  • Casio AE-1200WH-1BV : Warna Black/Gold, material Resin
  • Casio AE-1200WHD-1AV : Warna Silver/Black, material stainless steel
  • Casio AE-1200WH-1AV : Warna Black/Black, material Resin
  • Casio AE1200WHB-3B : Warna Olive Green/Black, material Cloth

Casio AE-1200WHD-1AV merupakan model yang paling popular dan ramai pengguna membuat pengubahsuaian sendiri seperti menukar watch band/strap dan mengikis tulisan “World Time” dan “Illuminator” untuk tampak lebih kemas.

Kebiasaan harga bagi beberapa model Casio Royale ialah RM80-RM100. Boleh dapatkan di kedai-kedai jam atau beli secara online dengan menekan butang di bawah.

Casio Royale Silver Aluminium


Casio Royale Green Military Cloth


Casio Royale Black Gold


Casio Royale Black Color

Jika anda rakan-rakan atau kenalan yang sedang mencari jam tangan atau idea untuk hadiah, boleh rekomen-kan kepada mereka mengenai jam Casio Royale ini. Serius tak menyesal!

Facebook Comments