Manga Death Note karya Obata Takeshi dan Ohba Tsugumi merupakan antara manga Jepun terbaik sepanjang zaman yang saya pernah baca. Part 1, before L death merupakan arc yang penuh permainan minda dan beberapa scene yang melekat dalam ingatan sampai ke hari ini. (keikaku doori!). Sebagai peminat siri Death Note, saya juga menonton beberapa filem Live-action, OVA dan spin-off, tak semuanya enjoyable, ok-ok sahaja tapi as a fan saya tengok juga anyway.
So fast forward ke tahun 2017, produksi US pula membuat adaptasi filem Death Note berdasarkan rekaan watak dan cerita asal untuk disiarkan dalam Netflix. Berdasarkan trailer awal, saya tak letak high hopes kerana sudah jadi kebiasaan francais atau cerita-cerita hebat yang rosak selepas diadaptasi ke Hollywood. Dan beberapa hari lepas, Death Note versi Netflix disiarkan dan saya segera menonton filem ini.
Death Note 2017 (Netflix) Review – Adaptasi Yang Sangat Mengecewakan Bagi Peminat Manga Asal
It was bad. The whole film is a disaster.
Death Note merupakan cerita psychological, perang minda dan strategi antara dua watak utama, Light dan L. Light merupakan smart, perfect Student yang membuat perancangan teliti. Dalam versi Netflix, Light merupakan pelajar yang nampak edgy tapi sebenarnya lemah dan mudah dimanipulasi. L merupakan watak yang penuh misteri dan bukan jenis yang akan ke crime scene seperti versi filem Peminat lama manga dan anime Death Note yang tertunggu-tunggu aksi perang psikologi dan minda yang menjadi core element Death Note pasti kecewa kerana plot filem ini hancur.
Terlalu banyak plot yang mengarut – ditambah pula dengan excessive swearing, unnecessary sexy scene dan elemen gore dan violences, sekaligus meng-jahanamkan idea dan cerita asal ‘Death Note’. Kebanyakan part filem ini terlalu nampak low effort, even buku Death Note pun nampak macam generic item. Yang bagus dalam filem ini hanya suara latar Willem Defoe sebagai Ryuk, selebihnya hancur teruk.
Safe to say, Death Note versi Netflix kini berada dalam list filem adaptasi yang gagal teruk seperti Dragonball Evolution (2009) , King of Fighters (2010) dan banyak lagi.
Skor review : 3/10.
REALME WATCH MALAYSIA 💯 - MODERN, CLASSY, AFFORDABLE 👌🏼