Japan Travel Sim Card Review (7 Days 5GB Data Hello1010.MY Pack)

japan travel sim card review

japan travel sim card review

Data internet memang satu keperluan yang wajib ada jika travel ke Jepun. Kalau nak save budget, guna lah Japan Travel Sim Card kerana kos yang lebih murah berbanding guna data roaming ataupun sewa pocket wifi/mifi. Tahun lepas, sebelum naik flight lagi saya dah beli siap-siap travel sim card seperti dalam gambar di atas.

Japan Travel Sim Card Review (7 Days 5GB Data Hello1010.MY Pack)

So kenapa saya rekomen Japan Travel Sim Card yang ini? Ini kerana berdasarkan survey dan membuat comparison yang teliti antara sim card travel lain, sim card ini yang paling berbaloi dari segi harga : jumlah data/tempoh validity/kelajuan internet.

Japan Travel Sim Card (7 Days 5GB Data Hello1010.MY Pack) :

  • Jumlah kuota data  5GB untuk 4G dan 3G
  • Tempoh sah  7 hari
  • Kelajuan sehingga 42Mbps
  • Support guna di smartphone dan Mifi. (Saya gunakan sim card ini di mifi EE60 sepanjang di Jepun)
  • Sim card data sahaja tanpa Voice Call atau SMS
  • Boleh tethering atau hostpot
  • Tiada pendaftaran diperlukan. Hanya perlu ikut panduan ringkas dalam pack sim card sahaja)
  • Sim card dalam saiz nano, micro dan biasa

Japan Travel Sim Card 5GB | Lazada

Boleh beli online guna butang di atas. Harga kadang-kadang murah bila ada promosi, saya beli dulu dalam harga RM60 lebih termasuk postage. Rekomen untuk beli awal-awal jangan beli last minute ya.

japan travel sim card speedtest

Pengalaman saya guna sim card ini hanya ketika di Tokyo dan Osaka dan kelajuan internet dan coverage adalah sangat memuaskan. Tapi kalau buka Speedtest, masalah ping tinggi dan download speed yang perlahan adalah mungkin disebabkan sim card ini beroperasi dalam mode Roaming dalam network China Unicom.

Yang penting, kelajuan internet adalah cukup laju, tiada masalah streaming video HD dan smooth experiences bila guna social media apps dan Google Maps.

Kalau travel dalam satu group, beli lah dua atau tiga keping sim card ini dan kalau ada Mifi sendiri lagi bagus, jimat bateri tak perlu buka hotspot di phone. Ada pertanyaan boleh komen ya!

 

Facebook Comments