So awal November lepas kami ke kedai KB Burger Bakar (kini KBB Burger and Steak) untuk mencuba menu baru iaitu beef steak. Last sekali saya ke KB Burger Bakar ini rasanya tahun 2014 atau 2015 dan memang total makeover dah kedai ni rupanya.
Sebelum ini, menu KB Burger Bakar ni macam Burger Bakar, Chicken Chop serta masakan panas tapi kini dah jadi macam Steak House dan ala hipster cafe pula. Dengarnya, kedai ni dah hire chef berpengalaman untuk masak steak dan bawak masuk menu daging Angus Beef serta daging lembu high-end seperti Tomahawk dan Australian Wagyu.
Angus Beef Steak, Burger Bakar, Western Food – KBB Burger and Steak Food Review
Menu utama kedai KB Burger & Steak – Beef Steak, Burger Bakar dan your typical western food. Boleh pilih sendiri jenis daging steak Angus, Tomahawk dan (Australian) Wagyu. Harga ikut jenis daging dan berat. Penting sangat ni jangan main order saja sebab daging Tomahawk dan Wagyu memang mahal ratus-ratus.
Kalau bajet korang antara RM50 – RM100 boleh pilih daging Angus Beef.
Ini apa yang kami order – Angus Beef Steak (Medium). Boleh tahan. Cuma side dish tu biasa-biasa saja. Saya suka makan steak dengan salt & pepper along with the black pepper sauce.
Kalau dekat KL, Shah Alam dan bandar besar, nak cari kedai yang offer steak wagyu dan tomahawk memang banyak, tapi dekat Kota Bharu ini boleh kata agak rare la, yang saya tahu hanya ada beberapa kedai saja.
Ini pula Burger Bakar, saya tak ingat exactly nama menu dia sebab ada banyak jenis Burger Bakar. Patty daging memang tebal dan agak lembut dan sedap bila makan dengan cheese meleleh. Cuma fries tu sikit sangat letak dan rasanya agak biasa.
Menu ketiga kami order Pasta Seafood Aglio Olio. Portion macam dalam gambar, padan dengan harga.
Verdict :
- Makanan boleh tahan dan puas hati; instantly our fav, Burger Bakar dan Pasta Aglio Olio. Will totally re-order kalau datang makan sini lagi next time
- Servis bagus dan cepat
- Location senang cari
- Harga menu kat sini agak premium, so if korang decide nak makan sini prepare at least RM50 untuk 2 orang makan
- Pilihan air minuman tak banyak
- Pilihan makanan dengan nasi tak banyak – so if korang datang dengan parents or family yang memang nak menu nasi jugak, pilihan menu tu terhad.
KB Burger & Steak, Kota Bharu, Kelantan. (sebelah Kota Darulnaim).
REALME WATCH MALAYSIA 💯 - MODERN, CLASSY, AFFORDABLE 👌🏼