5 Sebab Kami Suka Pergi Kopi Mesin Cafe di Kota Bharu

kopi mesin kb 2 billion

kopi mesin kota bharu review

Once in a while, aktiviti weekend saya ialah cafe-hopping. Sebelum tu, saya akan browse Twitter dan IG untuk cari cafe-cafe baru untuk singgah dan try.  Kedai Kopi Mesin ni selalu naik dalam timeline/feed saya dan dah agak lama saya cadang nak pergi. Kebetulan hari tu kami ada lalu berdekatan Billion Kota Bharu dan terus singgah untuk lunch di cafe Kopi Mesin KB2 (lokasi di bangunan kedai lama Hayaki).

Kopi Mesin Cafe di Kota Bharu – Kopi Ala McCafe Dengan Harga Murah

kopi mesin cafe kota bharu

Ok, menu apa yang ada dekat cafe Kopi Mesin ni?

  • Drinks- Coffee (Iced Latte, Americano etc…ala McCafe) Ice Blended
  • Western food – Fetuccine Carbonara, Fetuccine Bolognese, Pasta Aglio E Olio, Chicken Grill, Lamb Chop
  • Snacks/Cakes – Nacho Cheese, Scone, Cakes etc

kopi mesin kb menu

Kopi Mesin Chicken Grill – ayam dah ok, cuma sos Black Pepper dia manis sikit

kopi mesin pasta aglio olio


Pasta Aglio Olio – boleh tahan rasa, agak pedas dan portion banyak gila…penuh pinggan

kopi mesin kota bharu iced latte

Iced Latte – similar taste dah dengan McCafe, tapi jauh lebih affordable

kopi mesin kb menu price

Total harga makanan untuk lunch 2 orang – RM30.90 yang bagi saya agak murah untuk harga cafe. Kebanyakan harga makanan/minuman dalam menu mostly RM5 – RM10 sahaja.

kopi mesin cafe kb


5 sebab kami suka pergi Kopi Mesin KB :

  • Harga menu minuman/makanan murah bagi harga cafe di Kota Bharu – range dalam RM5 – RM10 sahaja
  • Harga coffee murah tapi rasa similar dengan coffee premium lain
  • Portion makanan yang generous dan puas hati makan – next time saya nak cuba Fetuccine Carbonara/Bolognese pula, orang kata yang ni signature dia dan kena try
  • Lokasi bagus dan senang cari dan parking
  • Servis ok

Nota penting : Dekat menu saya tak nampak apa-apa menu berasaskan nasi, in case ada yang nak bawa parents datang makan kat sini memang kena order western food saja lah

Facebook Comments