Makan Colek Perut dan Cendol Pulut Tapai Di Kedai Pok Cik Colek Perut, Taman Barakah

pok cik colek perut taman barakah

Orang Tanah Merah mesti kenal kedai ini, Colek Perut Taman Barakah atau juga dikenali sebagai Pok Cik Colek Perut atau Pak Cik Colek Perut. Dah puluh-puluh tahun rasanya kedai ini berniaga, dulu kat stesen bas Tanah Merah (sekarang dah roboh jadi tapak kosong).

Kedai ni buka setiap hari, lokasi pun mudah cari masuk je Taman Barakah pastu jalan sikit confirm jumpa. Peak season kedai ini masa bulan Ramadhan, sebab orang Kelantan memang musim colek bila tiba bulan puasa.  Masa tu memang meriah gila.

Makan Colek Perut dan Cendol Pulut Tapai Di Kedai Pok Cik Colek Perut, Taman Barakah

colek perut taman barakah tanah merah

Menu utama kedai Colek Perut Taman Barakah ini – colek perut, colek buah dan cendol. Colek perut tu content dia perut, keropok dan paru dengan kuah cicah (colek).

Kalau tak makan perut, boleh request nak colek keropok saja atau colek paru. Macam wife saya, dia kalau makan kat kedai ni memang order colek paru dan keropok saja takde perut.


cendol pulut tapai taman barakah

Ini pula Cendol Pulut Tapai. Saya suka cendol yang ada pulut dan tapai. Pulut tu buat rasa jadi lemak2 sikit dan tapai buat jadi air cendol tu manis.

Jangan risau, kalau tak makan pulut atau tapai, order saja cendol biasa.

Kedai ni tak jauh dengan tempat tinggal saya, so boleh kata dalam 1-2 bulan sekali, saya singgah makan. Harga pun tak mahal, kadang2 saya order 2 pinggan colek perut untuk seorang saja makan.

taman barakah tanah merah kelantan

Gambar random yang saya ambil masa pusing-pusing dalam Taman Barakah.


Verdict :

  • Colek perut dan cendol pulut tapai yang kena selera saya, saya dah makan kat berpuluh kedai2 cendol atau colek perut lain tapi benchmark dia tetap kat kedai ini
  • Harga berpatutan
  • Lokasi mudah cari, dekat sangat dengan bandar Tanah Merah
  • Kalau nak makan menu lain, susah sikit sebab menu sangat terhad
Facebook Comments