Makan Di Kota Putera Food Court, Besut – Singgah Ke Sini Jika Anda Ke Pantai Bukit Keluang atau Pantai Air Tawar

cetaphil cleanser malaysia

kota-putera-food-court-besut

Area Kampung Raja, Besut dan Jerteh sebenarnya banyak juga tempat-tempat makan dan kedai yang menarik. Baru-baru ini kami singgah ke Kota Putera Food Court di Besut. Kalau nak ke pantai Bukit Keluang atau pantai Air Tawar memang akan nampak tempat makan baru ini.

Waktu operasi boleh tengok dalam gambar di atas, biasanya petang dan malam agak meriah, terutama sekali waktu hujung minggu.

Makan Di Kota Putera Food Court, Besut

kota putera food court besut

Kota Putera Food Court ini, food court…yang konsep dia bagus sebenarnya. Kedai-kedai dalam ni semua menu lain-lain dan tak compete sesama sendiri. Tak macam sesetengah food court lain, kalau dalam tu ada 10 gerai, 10 gerai tu jugak jual menu sama.

Antara menu-menu yang ada dijual gerai-gerai dalam ini ialah Ayam Penyet, Pasta, Chicken Chop, Dim Sum, Ayam Goreng PFC, Nasi Lemak, Masakan Panas, Otak-Otak, Sizzling, Satay dan banyak lagi.

Boleh pilih nak makan di meja berbumbung atau open air.

ayam penyet kota putera food court besut


So haritu kami makan Ayam Penyet – RM6.

spaghetti aglio olio kota putera besut

Spaghetti Pasta Aglio Olio – RM8.

Habis makan dua menu ini, kami order lagi Satay dan Dim Sum. Tapi tu la, lupa snap gambar sebab ralit makan.

playground kota putera food court besut

Untuk yang bawa anak-anak, ada ruang main disediakan. Sambil-sambil tunggu makan yang order tu sampai, boleh bagi anak-anak main dulu.


Puas hati juga ke sini, harga makanan tak mahal macam tempat hipster dan banyak pilihan menu. Tapi tak ramai tahu pasal Kota Putera Food Court ini, kalau korang ke sini dan puas hati, ajak member2 juga. Atau share je artikel ni dekat mereka.

 

Facebook Comments