Beberapa bulan lepas saya membeli vacuum handheld jenama Midea di Lazada kerana tertarik dengan harga murah yang ditawarkan tambahan lagi item ini ada 800 review/rating positif. Harga yang ditawarkan ialah RM79 termasuk penghantaran dan boleh dikatakan sangat rendah jika dibandingkan dengan vacuum handheld jenama lain. Asalnya tujuan saya ialah untuk gunakan di rumah saja tetapi saya mendapati vacuum ini sangat serba boleh dan boleh digunakan di banyak tempat dalam pelbagai situasi.
Midea Handheld Vacuum Cleaner Review – Murah, Sangat Versatile dan Bertenaga
Vacuum ini boleh digunakan dalam dua mode – handheld dan juga stick. Boleh cabut dan pasang dengan mudah dan wayar juga sangat panjang. Mungkin ada yang yang ingat vacuum ini cordless. Cordless vacuum biasanya lebih mahal dan berat kerana dilengkapi bateri dalaman. Vacuum ini perlu cucuk di plug dan sangat ringan dan boleh guna sebelah tangan. Kebiasannya saya guna dalam handheld sebab mudah dan anda boleh pasang detachable dust cup untuk sedut habuk di ruangan yang sempit atau di tempat yang tinggi dan sukar dicapai.
Saya kini gunakan vacuum ini di ruang tamu, bilik tidur, malah untuk sedut habuk di bilik komputer juga. Sangat berguna untuk sedut habuk di bahagian keyboard, di dalam casing atau di belakang casing PC dan di tempat-tempat yang mudah masuk habuk. Wayar yang panjang juga membolehkan saya gunakan vacuum ini di dalam kereta, hanya perlu sambung plug dan tarik wayar sepanjang yang boleh untuk masuk di kereta.
Kelebihan Midea Vacuum Cleaner ini:
- Sangat bertenaga dan serba boleh – boleh pakai untuk rumah, kereta, komputer dan macam2 lagi
- Wayar yang panjang
- Boleh gunakan sebagai handheld vacuum dan stick vacuum
- Harga yang murah
- Ringan dan mudah disimpan atau dibawa ke mana sahaja
Kekurangan Midea Vacuum Cleaner ini
- Bunyi bising macam bunyi enjin jet, kurang mesra anak2 kecil yang tidur
- Cepat panas, tak digalakkan guna berterusan lebih daripada 1 jam
Bagi saya sangat berbaloi memiliki vacuum ini kerana memudahkan kerja seharian dan sangat versatile. Berbaloi setiap ringgit !
REALME WATCH MALAYSIA 💯 - MODERN, CLASSY, AFFORDABLE 👌🏼