Seoul Garden HotPot KB Mall – Ayam Goreng Korea, Bibimbap, Bulgogi, Korean Food

seoul garden hotpot kb mall

Craving makanan Korea seperti ayam goreng Korea, bibimbap, kimchi, ddukbokki dan banyak lagi di Kota Bharu? Setakat pengetahuan saya, memang agak rare kedai korean food di Kota Bharu dan di Kelantan generally, tiada francais popular seperti K-Fry, Kyochon, Mr Dalgakbi, Dubu-Dubu dan bermacam lagi.

Tapi kalau kami nak makan korean food, biasanya kami pergi kat sini; Seoul Garden HotPot di KB Mall (muka pintu masuk arah Tune Hotel).

Seoul Garden HotPot KB Mall – Ayam Goreng Korea, Bibimbap, Bulgogi, Korean Food

Seoul Garden HotPot ini macam cafe tapi serve Korean Food dan ada selit-selit sikit western food dalam menu dia. Kedai yang lain daripada Seoul Garden biasa yang Steamboat & Grill tu.

ayam goreng korea seoul garden hotpot kb mall

Menu pilihan utama semestinya ayam goreng Korea. Boleh pilih nak yang pedas atau crunchy. Boleh makan macam tu saja atau boleh order nasi.

ayam goreng korea kota bharu seoul garden hotpot


Yang ini ayam goreng Korea pedas (Spicy Korea Fried Chicken). Taste ok, tapi tak boleh compare lah dengan Kyochon.

bulgogi beef seoul garden hotpot kb mall

Beef barbeque, tak ingat nama menu. Tapi yang ini sedap.

seoul garden hotpot kb mall menu

Menu Seoul Garden Hotpot KB Mall – ayam goreng Korea, bibimbap, kimchi, hotpot, chicken BBQ, beef BBQ, Tteokbokki (ddukbokki, spicy rice cake) dan beberapa lagi.


Verdict:

  • Antara kedai makanan Korea yang agak rare di Kota Bharu dan Kelantan generally
  • Makanan dan servis OK, dan harga menu berpatutan
  • Lokasi bagus, senang cari dan ruang makan luas di muka pintu masuk KB Mall
  • Alternatif bagi Kyochon, K-Fry untuk peminat Korean Food di Kota Bharu

Seoul Garden Hotpot KB Mall, Kota Bharu, Kelantan.

Facebook Comments