Seraph Awaken – Lokasi Drama Sweet Dreams Ini Sebenarnya Hidden Coffee Shop Yang Terletak di Klang

seraph awaken lokasi drama sweet dreams

seraph awaken lokasi drama sweet dreams

Tahukah anda, kebanyakan tempat lokasi shooting mega drama popular Sweet Dreams adalah di sekitar KL dan Klang sahaja. Michael Ang tak pergi jauh pun, cukup memanfaatkan persekitaran sedia ada, yang penting cinematography wajib mantap. Lokasi paling utama drama Sweet Dreams sebenarnya merupakan coffee shop Seraph Awaken yang terletak di Klang.

Sumber Google : Seraph Awaken (Kedai Kopi) Alamat: 28, Jalan Stesen 1, klang, 41000 Klang, Selangor

Seraph Awaken Lokasi Drama Sweet Dreams

Seraph Awaken adalah kedai kopi yang terletak di bangunan kedai lama dan dalaman kedai ini juga berkonsepkan stail klasik 80-an – kerusi rotan, kayu, meja bulat marble.

Inilah tempat di mana banyak moment menarik dalam Drama Sweets berlaku – Qash ditampar Puteri, Qash dihumban oleh ibu Puteri, tempat Tuan Fadhil melontarkan pickupline ke puan Lola dan banyak lagi moment manis dan pahit.

Menu apa yang ada dekat kedai Seraph Awaken ni?

Kalau dalam drama, kedai ini menjual mee wantan, tapi kat sini menu utama merupakan kopi dan cakes. Tak pasti pula memang ada jual mee wantan ke kat sini. Anyone?

Based on gambar-gambar di IG, nampaknya menu popular di sini ialah Hibiscus Coffee dan Cheese cake. Ramai yang kata sedap.

Anda pernah ke Seraph Awaken? Saya belum lagi, mungkin next time boleh masuk dalam list tempat nak pergi bila saya jalan-jalan ke kawasan Klang. Kongsikan pengalaman anda ya.

View this post on Instagram

A day as Putri. . #tirugayaPutri #DramaSweetDreams

A post shared by Kamalia (@kamaliamaisarah) on

 


View this post on Instagram

 

Penghibur set #DramaSweetDreams . Dia boleh muay thai kita tengah make up πŸ˜‚ @ninajuren @deq_yan

A post shared by Muhammad Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin) on

Bila drama Sweet Dreams dah habis, mesti banyak benda yang jadi kenangan kan!

Facebook Comments