Warung Badik Badik atau Warung Badik2 ni kedai yang dah lama saya dengar tapi belum ada masa nak try makanan dia yang femes sebab sedap dan murah – Bihun Sup dan Aiskrim Mangga. (Badik2 means adik-beradik). Lokasi di Pengkalan Chepa, jalan nak ke airport dan boleh cari signboard Butik Soukha sebab kedai ini tersorok.
Warung Badik2 Food Review – Bihun Sup dan Aiskrim Mangga Murah Dan Sedap !
Kalau anda nak ke airport atau dari airport, memang tak jauh lokasi kedai ini. Dalam kurang 10 minit saja saya rasa. Boleh lepak2 makan dan santai sebab makanan sini bukan jenis makan berat.
Menu Warung Badik2. Yang femes kat sini ialah Bihun So-So (Bihun Sup) dan ABK (Ais Buah Koktail). Semurah RM2 sahaja dan boleh tambah extra telur puyuh, isi ayam, telur garing dan telur masak joget.
Bihun So-So tambah telur garing. Personally saya lebih suka Mee/Bihun Celup atau Bihun Tomyam tapi sedap jugak Bihun kat sini. Tambah masuk sambal kicap dia tu untuk lebih rasa dan pedas.
ABK Mangga atau Ais Buah Koktail Mangga Aiskrim (ala Bingsu/Bingsoo). Aiskrim Vanilla campur chocolate syrup sikit dan ada buah mangga, tembikai dan epal. Lately, trend aiskrim Bingsoo dekat Kelantan ni makin popular dan banyak kedai-kedai makan dan cafe hipster dah tambah kat menu diorang.
Kalau korang cari menu-menu lain memang tak banyak, sebab kat Warung Badik Badik ini fokus dia kat Bihun Sup dan Aiskrim Mangga. RM5 dah boleh makan ABK + Bihun Sup, patut la kedai ni selalu ramai orang.
Verdict:
- Bihun Sup dan ABK Mangga sedap
- Harga makanan murah
- Lokasi di Pengkalan Chepa dan mudah dicari
- Menu makanan terhad
REALME WATCH MALAYSIA 💯 - MODERN, CLASSY, AFFORDABLE 👌🏼